Bahasa  English  Others   A-   A+
 

GUP SARAWAK

IntroductionRMT ChartParticipant ListProgress
Progress
201220132014201520162017
2017

KAMPUNG RH. LONG IMAN

Kerja-kerja bancian ukurlilit untuk tahun ketiga (36 bulan) telah dijalankan di 15 buah kebun. Purata ukuran lilitan batang adalah 26.5 cm.

Untuk rawatan serangan penyakit akar di lot kebun peserta, tanaman benih sulaman dan rawatan Crest 25 WP dilakukan secara berterusan bagi mengurangkan kadar serangan kepada tanaman getah di kebun yang jangkitan. Rawatan penyakit cendawan angin juga telah dijalankan kerana terdapat serangan tersebut di beberapa kebun peserta.

Kerja-kerja pemantauan kebun telah dijalankan di kebun-kebun peserta bagi melihat kerjasama dan komitmen peserta terhadap perlaksanaan projek. Bagi peserta yang tidak menjalankan penyelenggaraan, surat amaran akan dikeluarkan.

Banjir besar yang berlaku pada akhir bulan disember 2017 dilaporkan telah melanda Kg Long Iman dan menjejaskan sedikit tanaman getah di beberapa kebun peserta. Input pertanian yang telah diagihkan pada November 2017 juga dilaporkan musnah dan dibawa arus semasa banjir tersebut. Dimana yang sesuai sulaman telah dijalankan.

Kemajuan Pertumbuhan Pokok Getah
Lot Belly Tio Lot Padan Sipai
Lot Belly Tio Lot Padan Sipai
Lot George Osong Lot Pn Renie Ajang
Lot George Osong Lot Pn Renie Ajang
Lot Toreng Tapit Lot Layun Tuo
Lot Toreng Tapit Lot Layun Tuo

Aktiviti Bancian Ukurlilit

Kebun Yang Tidak Diselenggara dan Diberi Surat Amaran

Serangan WRD dan aktiviti sulaman

KAMPUNG RAMBUNGAN

Kerja-kerja penyelenggaraan kebun dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bagi peserta yang tidak menjalankan penyelenggaraan kebun, surat amaran telah dikeluarkan bagi mengelakkan kebun tidak dijaga dengan baik.

Kerja-kerja bancian ukurlilit tahun kali keempat (48 bulan) telah dijalankan di 49 kebun. Purata ukurlilitan batang tanaman getah adalah 38.7 cm. Bancian P&D telah juga dijalankan dan didapati 20% daripada lot kebun diserang penyakit akar putih. Kawalan serangan menggunakan racun kimia Crest 25 WP telah dijalankan.

Kemajuan Pertumbuhan Pokok Getah
Lot Eduad Saidi Lot Juana Jawi
Lot Eduad Saidi Lot Juana Jawi
Lot Minah Sulaiman
Lot Minah Sulaiman

Aktiviti Bancian Ukurlilit


Home          FAQ          Copyright           Privacy & Security Policy          Sitemap          RSS Feed RSS Feed          Support